Tuesday 20 September 2016

Kacang Merah Tak Salah!

Assalamualaikum~


Korang suka tak makan kacang? kacang bukan sebarang kacang~ Ini Kacang Merah. Jujurnya, sejak dulu lagi (kurun ke berapa ntah), enun memang tak suka kacang merah. Hentah la kenapa, kalau diikutkan, memang enun jenis yang tidak memilih bab makan-makan ni, semuanya sumbat! hahaha.. tapi, enun cukup tak suka kacang merah.. Bayangkan, tengah best-best makan air batu campur, tetiba terjumpa kacang merah dalam air batu campur tu!!, terus je enun letak tepi kacang merah tu, air batu campur itu tetap enun lahap dengan enaknya sampai tak ingat dunia.. hahaha..tak ada la sampai tak nak makan air batu campur tu xD

Tapi, jeng jeng jeng.. nak dijadikan cerita, Pada suatu hari, sewaktu enun singgah ke food court Aeon Seremban Two.. enun terasa la nak makan makanan western~ enun pun order la chicken chop kat sana.. sudah siap bayar dan pergi ambil order yang dah siap, baru la enun tahu yang diorang letak kacang merah dalam set kombo tu~ errr... nak makan ke tak nak.. nak makan ke tak nak... kesian plak tengok kacang merah bergelimpangan tidak bernyawa tu.. huhuhu.. akhirnya enun ambil keputusan nak mencuba rasa sebiji,. ehh sedap juga rupanya.. manis manis rasanya.. hahaha.. kacang merah yang enun makan tu yang dari dalam tin. Not bad la~ jadi kesimpulannya, kadang-kadang benda yang kita tak suka itu, kita tak tahu sebenarnya adalah baik untuk kita. Macam kacang merah ni, benda ni punya sedap, sihat, dan manis.. enun je tak mahu sedar selama ini.. So, semua ini salah enun, kacang merah tak salah (=-=) Sekian.

Gambar kenangan enun bersama chicken chop berkacang merah :D

Rancangan~

Assalamualaikum~


Ni enun nak story sikit, sebelum cuti sem yang lalu, enun dan kengkawan merancang nak pergi melancong ke luar Malaysia. Mana lagi kalau bukan ke Jepun! Sebagai otaku sejati, Jepun adalah tempat yang wajib dilawati.. eh.. hahaha

Itulah rancangan kami pada awalnya~ tadi, kawan tersayang enun cakap, kalau ekonomi Malaysia terus jatuh buat masa terdekat ni, kita terpaksa ubah destinasi kita la.. huhuhu. Kawan enun bagi cadangan pergi ke Korea plak klu ekonomi tak stabil, apa kene mengena ya? hahaha.. katanya nilai yen akan tinggi melambung kalau duit Malaysia terus meleset. Terpaksa la ubah destinasi ke Korea plak. huhuhu...

Kita merancang nak buat ala ala begpeker gitu.. hahaha.. takada la tinggi sangat kos dia nanti.. kita buat yang wajib je.. asalkan nanti boleh sampai ke negara orang   6(^0*)9

Sunday 11 September 2016

Kai :D

Assalamualaikum~

Korang suka tak benda-benda omel? normalnya, perempuan neutralnya suka benda-benda comel kan xD
Enun ada bela satu benda ni, comel~ benda kiut ini diberi nama Kai. Jantinanya betina, tapi adik enun bertegas mahu menamakannya Kai, enun tak kisah pun nama apa-apa asalkan enun rasakan ianya kiut, enun terima aja dengan hati yang terbuka xD (uuiii, bakpe skema sangat ayat aku neh?)

Hai~ nama saya Kai :D

Tuesday 6 September 2016

Dunia Game enun

Assalamualaikum~

Apa khabar semua? harap semuanya baik-baik sahaja ^_^
okeh, berdasarkan tajuk kat atas, korang tau la kan enun nak bercakap pasal game kan~ huhu xD 
Zaman sekarang ni dah ada pelbagai jenis game yang bakal memenuhi hari-hari sunyi korang kan? malah, yang popular kini adalah game online iaitu game yang membolehkan kita berinteraksi dengan pemain-pemain lain. Best kan? dapat berjumpa seseorang yang mempunyai minat yang sama dengan kita walau hanyalah diatas talian xD hihik~

Okeh, terkini enun giat bermain game online 4games Touch Kpop 3D. Game ni nak main tak susah pun, tekan-tekan je.. tapi enun heran sebab sempai sekarang enun tak jadi pro lagi (T^T)
Seperti game online yang lain jugak, game ni perlu ditopup untuk menaikkan VIP avatar kita.
Nama avatar enun adalah enun93. Kalau korang ada main game ini, jangan lupa tegur-tegur enun ya?

Logo guild yang enun bernaung~ STCruew

Seperti game online yang lain, game ini mempunyai sistem kahwin-kahwin xD
kita perlu berganding bahu dengan patner online untuk tingkatkan level ring.

 enun dengan member/ahli guild/apr/ehemehem, DAIKI83

 Ini dia ketua guild enun, arein dan bff kami cg

 enun93, DAIKI83 dan Raxzin~

 enun dengan kawan enun, HAZARD

kawan-kawan enun, Juny dan NamiOra



Selamat bergame xD

Friday 2 September 2016

Air mata

Air mata Terengganu tumpah di tanah Perlis~

Assalamualaikum :D

Apa khabar semua. Enun harap semua sihat belaka hendak-Nya. Baru-baru ini enun.. err, beberapa hari lepas.. bermula 26/8/2016 enun dan keluarga bertolak ke negeri Perlis. Tujuan enun dan keluarga ke sana adalah untuk menghantar adik enun ke Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). 
Tarikh pendaftaran adik enun adalah 28/8/2016. Kami bertolak awal kesana kerana bimbang tiada lagi tempat tinggal untuk kami sekeluarga bermalam. Saat kami hampir berputus asa (dah la hari sudah hampir malam kami betul-betul sampai di Perlis, apabila kami mencari homestay, tiada bilik kosong.. semuanya dikatakan penuh) pada saat genting itu, abah enun keluar dari sempadan Perlis (ke Kedah) dan ibu enun tak sengaja ternampak satu papan tanda yang menyatakan penyewaan homestay iaitu Homestay milik Pak Teh yang terletak di Felda berhampiran sempadan Kedah-Perlis. *Rajin enun menaip dalam bahasa bangku..hahaha* AWAS, ayat-ayat dalam blog ini mengandungi bahasa budak Wicet*

 Homestay Pak Teh dari ruang tamu ke dapur

Saturday 13 August 2016

Suri Rumah Sementara (^3*)

Assalamualaikum~

Kini, enun akan bercuti panjang dengan penangguhan intern enun. Bagaimana nak tangguh intern? hantar surat tunjuk sebab kat kolej atau universiti korang. Surat tu macam biasa la, perlu tandatangan dan scan. Hantar melalui email. Macam tu la prosedurnya untuk kolej enun. 

Takut jugak sebenarnya, nak tangguh ni, dah usaha sebaik mungkin .. tak ada rezeki (T^T)
Redha. Alhamdulillah. Ada hikmah sebaliknya. Mungkin enun belum bersedia. Mungkin keluarga lebih memerlukan enun. Mungkin...


Redha itu Indah. Senyumm (^_^)9 Saya Kuat!! hehehe... 
Maka bermula la kehidupan enun sebagai suri rumah sementara! 




Monday 11 July 2016

intern?!

Assalamualaikum~

Kini, sudah hampir 3 tahun sejak enun melanjutkan pelajaran ke Kolej Teknologi Alpha, Seremban Two... banyak kenangan manis tercipta disitu.. pahit getir sebagai pelajar ijazah terpaksa ku telan. Cewah. Tak ada lah pahit getir sangat pun. Alhamdulillah, sepanjang enun disana.. sangat santai.. tak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Hanya perlu bersabar dan jika masanya telah tiba, segalanya akan selesai. Harungi dengan yakin walau keputusan tak seperti dijangka (ehem!!). hahaha..