Friday, 2 September 2016

Air mata

Air mata Terengganu tumpah di tanah Perlis~

Assalamualaikum :D

Apa khabar semua. Enun harap semua sihat belaka hendak-Nya. Baru-baru ini enun.. err, beberapa hari lepas.. bermula 26/8/2016 enun dan keluarga bertolak ke negeri Perlis. Tujuan enun dan keluarga ke sana adalah untuk menghantar adik enun ke Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). 
Tarikh pendaftaran adik enun adalah 28/8/2016. Kami bertolak awal kesana kerana bimbang tiada lagi tempat tinggal untuk kami sekeluarga bermalam. Saat kami hampir berputus asa (dah la hari sudah hampir malam kami betul-betul sampai di Perlis, apabila kami mencari homestay, tiada bilik kosong.. semuanya dikatakan penuh) pada saat genting itu, abah enun keluar dari sempadan Perlis (ke Kedah) dan ibu enun tak sengaja ternampak satu papan tanda yang menyatakan penyewaan homestay iaitu Homestay milik Pak Teh yang terletak di Felda berhampiran sempadan Kedah-Perlis. *Rajin enun menaip dalam bahasa bangku..hahaha* AWAS, ayat-ayat dalam blog ini mengandungi bahasa budak Wicet*

 Homestay Pak Teh dari ruang tamu ke dapur


 Bilik 1

 Bilik 2

 Ruang Dapur

 Amboi~ gambar tandas pun nak letak~~ xD

Pak Teh dan Isteri sentiasa pastikan kami tidak berlapar disana (Almaklumlah, kami bukan orang sana, tak tahu mana tempat hendak isi perut). Pada malam pertama kami disana, Pak Teh dan isteri menyediakan segala alatan dan bahan memasak. Alhamdulillah.. penat datang dari jauh (dari pukul 9 pagi duduk dalam kereta, pukul 6.30 petang baru sampai sana.. penat~~). Tak perlu kami bersusah payah untuk keluar mencari makan malam. Terima kasih Pak Teh. 

Pada hari berikutnya, Pak Teh membawa kami ke Padang Besar xD hehehe... dapatlah kami melihat barang-barang yang dijual disana, dan membeli barang yang kami berkenan dihati <3 Pada waktu tersebut kami terlepas pandang bahawa adik bongsu enun inginkan patung beruang yang dijual disana, tapi oleh kerana kami tergesa-gesa hendak pulang pada waktu itu (hari semakin lewat, kami belum solat) kami tak berkesempatan membelinya disana. Adik bongsu enun yang manja ni mula la menangis. Pak Teh memujuk adik bongsu enun dan berkata " Air mata Terengganu tumpah di tanah Perlis" xD

28/8/2016- Hari pendaftaran adik enun berjalan dengan baik walau agak lambat (pukul 1.30 baru selesai termasuk menghantar barang ke asrama adik enun). Pukul 2 kami pulang semula ke homestay selepas bye bye kat adik enun (isk isk.. sedih gak.. lepas ni, kurang la seorang teman untuk enun bergurau..). 
Banner di UNIMAP

Oleh kerana kami bimbang hendak meneruskan perjalanan pulang ke Terengganu pada hari tersebut (Ibu enun bimbang kami terpaksa menempuh hutang Grik pada waktu malam), kami  mengambil keputusan untuk bermalam satu malam lagi di homestay Pak Teh. 
Petang Pak Teh memperkenalkan mee rebus Kedah kepada kami.. sedap xD Terima kasih sekali lagi Pak Teh <3 Layanan Pak Teh terhadap kami sangat-sangat baik membuatkan kami betul-betul terharu (T^T)

29/8/2016- Pukul 8.15 Alhamdulillah, kami berlindung disana selama 4 hari yang di homestay milik Pak Teh dan kami bertolak balik ke Terengganu (kampung halaman enun) pada hari tersebut.
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Terengganu pada waktu maghrib :D 


Dalam perjalan pulang~ kami gunakan hikmat gps sebagai penunjuk jalan ;D 

Jika diberi peluang dan kesempatan, InShaAllah kami ingin singgah lagi di Homestay milik Pak Teh .

Sekian.




0 comments:

Post a Comment