Monday, 11 July 2016

intern?!

Assalamualaikum~

Kini, sudah hampir 3 tahun sejak enun melanjutkan pelajaran ke Kolej Teknologi Alpha, Seremban Two... banyak kenangan manis tercipta disitu.. pahit getir sebagai pelajar ijazah terpaksa ku telan. Cewah. Tak ada lah pahit getir sangat pun. Alhamdulillah, sepanjang enun disana.. sangat santai.. tak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Hanya perlu bersabar dan jika masanya telah tiba, segalanya akan selesai. Harungi dengan yakin walau keputusan tak seperti dijangka (ehem!!). hahaha.. 


Setelah berhempas-pulas menghabiskan SEM 6 (Alhamdulillah... InSha Allah semuanya lulus sekurang-kurangnya T^T), lebih kurang sebulan setengah,, enun akan menjalani latihan industri a.k.a praktikal... tempat dia ( jangan ditanya..) tak tahu tercampak kat mana lagi... InSha Allah, Allah akan mudahkan segalanya dengan izin-Nya. 

Kalau takdir enun tercampak kat memana aja, enun terima dengan hati yang terbuka, tapi kene banyak berusaha enun!! 

Untuk mendapatkan tempat latihan industri ni bukan lah keje senang, kene cari awal-awal.. masa masuk SEM baru tu, dah start cari dah... dah start telefon dah.. jangan lengah-lengah.. tunggu tempat nak pergi dengan kawan la.. apa la.. kene cari sendiri!! ingat tu.. 

Antara lawan web yang korang leh cari---> SME & PUNB. Carilah dikau kat situ.. bertimbun-timbun syarikat berdaftar kat Malaysia. Pastu, enun ada juga buat resume di Intern.my

Bagi yang masih mencari tempat intern tu ye.. gudluck la yerk!! all the best!!
Ganbatte!!

Sekian.

1 comments: